Tips Berfesyen : Tampak langsing Walaupun Berpakaian Longgar

Salah satu sebab nak kurus sangat sangat sebab nak bergaya la kan? Kalau kurus langsing senang nak beli baju, saiz M atau S dan paling best fesyen macam mana pun kena dengan badan kan? Tuh la yang membuatkan ramai sangat wanita wanita yang nak sangat kuruskan badan.

Dalam kita berusaha menurunkan berat badan, siapa cakap kita tak boleh berfesyen. Boleh sangat. Tambah pulak kalau kena dengan badan dan sesuai.

Di sini saya nak bagi tips untuk para muslimah berfesyen. Walaupun bertubuh gempal masih lagi nampak anggun dengan pakaian yang menarik. Maksud menarik di sini bukan untuk menarik perhatian lelaki, namun lebih kepada keyakinan diri. Tambah tambah sekarang ini dah ramai wanita yang perlu keluar bekerja, jumpa client dan sebagainya. Jadi penampilan harus dititikberatkan untuk membina keyakinan diri.

Saya kurang setuju dengan pakaian yang ketat ketat dan menampakkan susuk tubuh nih. Bukan apa, dah la awak tuh tak kurus sangat. Banyak lemak dan babat yang berlebih di lengan, perut, pinggang, peha dan banyak lagi kawasan lain. Kalau pakai ketat ketat.. tak ke babat babat tuh semua tersembul keluar, dari nak bergaya terus jadi kelakar kan? Hihihihi. Jangan lah buat macam tuh, buat malu diri sendiri jek..

Antara perkara yang perlu di ambil perhatian untuk berfesyen ialah :

PEMILIHAN WARNA

Kalau boleh pilih lah warna yang gelap, tapi bukan semestinya hitam je.. Ada banyak lagi warna lain yang boleh pilih dan cantik, contoh maroon, ungu gelap, biru gelap.. dan warna seperti turquoise pun boleh dikategori sebagai warna gelap. Cantik dan bergaya. Lagipun untung bergaya dengan warna gelap, tak perlu kita menjaga sangat dan kalau ada kesan kotor sikit sikit tak nampak. Pemilihan pakaian berwarna gelap juga memberi kesan ramping kepada si pemakai. Walaupun pakaian longgar dan memenuhi syariat tapi tetap nampak langsing.

PEMILIHAN CORAK

Sekiranya anda bertubuh gempal, JANGAN SESEKALI memilih corak yang terlalu besar. Contoh berbaju kurung dengan corak bunga matahari 3,4 kuntum atau penuh satu badan. Tak sesuai dan akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal. Pilih corak kecil kecil atau yang simple sahaja. Jadi kesan kurus lebih terserlah.

CORAK BELANG

Satu lagi kesilapan mereka yang bertubuh gempal adalah silap memilih corak belang (stripes). Stripes ada dua jenis iaitu menegak dan melintang. Kalau badan besar tapi mengenakan corak melintang memang sangat ketara nampak kita lebih besar. Jadi pilihlah corak stripes menegak. Memang akan terserlah kesan langsing tuh. Kalau yang berseluar, nampak kaki lebih panjang. Ala ala model gitu. Hehe.

“Saya berjubah, jadi semua ini tiada beza”

Eh, siapa cakap mereka yang berabaya, berjubah tak boleh berfesyen? Sekarang ini memang banyak dijual jubah yang cantik dan menarik. Cuma kita perlu pandai pilih ikut kesesuaian badan. Boleh ikut ciri ciri yang saya senaraikan kat atas. Pasti tak menyesal. Muslimah pun boleh berfesyen. Cuma perlu kena caranya.

Berfesyen tak semestinya meninggalkan syariat. Betul tak?

Kurus langsing untuk suami sendiri. Sapa tak mau kan? Jangan sebab kita terlalu tak ambil peduli pasal bentuk badan buat suami tak suka nak duduk dekat dekat. Memuaskan pandangan suami tuh kan besar pahalanya. Hehehe.

Sumber: Kak Kep

Sumber Gambar: Featured Image

Tarikh: 2 November 2015

Leave a comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: