Assalaamu`alaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah , saya bersyukur ke hadrat Allah Ta`ala kerana pada hari ini blog kongsitips.com telah kembali semula setelah ‘karam’ selama beberapa bulan
Sempena 1 Muharam 1433, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yang beragama Islam. Marilah sama-sama menghayati peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah demi memperjuangkan agama Islam. Bersama-sama kita berhijrah (berpindah) dan berusaha untuk menjadi insan bertaqwa.